![]() | ___________________________________________ CONFINEMUM SET A
Jenama: Leesa Formula
Biasa:
Promosi: RM195.00 |
|---|
Set Ibu Bersalin Confine Mum Set A terhasil dari formula herba tempatan mengikut tradisi dan budaya masyarakat Malaysia. Mengandungi 5 produk di dalamnya sangat praktikal, dengan cara pengunaan yang mudah serta tanpa bau yang memeningkan. Sesuai untuk ibu bersalin normal atau pembedahan dan ia selamat untuk ibu menyusu bayi.
KANDUNGAN
- Tablet Haruan Complex – 50 biji
- Tablet Prawan – 80 biji
- Ginger Cream – 100g
- Body Contour Gel – 50g
- Minyak Telon – 24ml
Tablet Haruan Complex
Ikan haruan mengandungi semua jenis asid amino dan asid lemak yang penting dalam kolagen kulit manusia untuk proses menyembuhkan luka luar dan dalam, terutama luka selepas bersalin. Dari segi terma perubatan, ikan haruan mempunyai asid arachidonik. Ia akan bergabung dengan asid amino, alanine, proline, argine, serine, leucine dan phenylalanine untuk membantu polypeptide yang bertanggungjawab menyembuh penyakit-penyakit dan luka.
Tablet Haruan adalah dari ekstrak asli ikan haruan terpilih yang dihasilkan melalui penyelidikan pakar dari Universiti Sains Malaysia . Pengambilannya amat mudah, kerana Haruan dalam bentuk tablet, jadi ia tiada bau hanyir yang meloyakan.
Khasiat Tablet Haruan Complex
- Mempercepatkan penyembuhan luka luar dan dalam (terutamanya wanita yang bersalin secara caesarian atau pembedahan).
- Melegakan luka-luka kecil atau luka jahitan faraj akibat melahirkan.
- Mengandungi semua jenis asid amino dan asid lemak yang penting dalam kolagen kulit manusia.
- Boleh diambil bukan hanya untuk wanita lepas bersalin, malah oleh kanak-kanak, wanita dan lelaki untuk kesihatan badan terutama untuk luka-luka dan selepas pembedahan.
Tablet Prawan
Tablet Prawan yang berperanan seperti ubat periuk ini diformulakan dari herba-herba terpilih Malaysia bagi merawat, memelihara dan memberi ketahanan tubuh badan wanita, terutama selepas melahirkan. Ia berupaya membantu menyihatkan rahim dan sistem dalaman wanita, seterusnya mengembalikan rahsia kewanitaan seperti seorang perawan.
Ia mudah diambil kerana tidak pahit dan tiada bau herba yang memeningkan juga tidak menyebabkan panas badan kepada ibu dan bayi. Selain itu, ia juga sesuai untuk kegunaan harian semua wanita walaupun bukan dalam pantang.
Khasiat Tablet Prawan
- Menguatkan rahim dan mengecutkan kembali saluran peranakan.
- Mencuci darah dan melancarkan perjalanan darah nifas.
- Melegakan masalah senggugut, melawas pembuangan air.
- Mencegah masalah meroyan.
- Menambah tenaga dan menghilangkan muka pucat selepas bersalin.
- Menghilangkan sengal-sengal sendi dan bisa-bisa tulang.
Ginger Cream
Krim sapuan dari ekstrak semulajadi halia ini adalah formula eksklusif Set ConfineMum Premium Leesa Formula yang tidak terdapat pada mana-mana set bersalin lain. Ia dirumus untuk memberi kebaikan terutama wanita dalam pantang berdasarkan amalan penggunaan halia dalam budaya masyarakat Malaysia. Ia berbau harum, mudah meresap dan tidak melekit.
Khasiat Ginger Cream
- Membuang angin dalam badan.
- Mencegah angin dari memasuki badan.
- Menjana haba dan memberi kehangatan pada badan.
- Mencair dan melancarkan perjalanan darah.
- Memudahkan pencernaan kerana halia yang bersifat karminatif dapat melawan gejala angin dan membantu pencernaan.
- Digunakan oleh ahli perubatan Greek purba untuk mengubati lumpuh yang berpunca dari ketidak seimbangan lendir dalam badan.
- Perubatan Arab dahulu kala menggunakan halia sebagai ubat perangsang nafsu dan mengubati penyakit ghout.
- Mencegah daripada pening ketika dan selepas mengandung serta mabuk ketika dalam perjalanan darat atau laut.
- Boleh digunakan oleh semua kanak-kanak, lelaki dan wanita biasa yang tidak berpantang untuk mendapat semua kebaikan di atas.
Body Contour Gel
Ia adalah gel pelangsing panas terbaik dipasaran, dirumus dari 7 jenis tumbuhan yang sangat berkesan untuk memecah lemak dan selulit. Ia disapu sebelum berbengkung bagi mempercepatkan pembakaran lemak dan selulit di kawasan perut & pinggul bagi merampingkan kembali badan. Ia tanpa bau, tiada kesan melekit serta mudah menyerap apabila di sapu.
Khasiat Body Contour Gel
- Disapu di perut, pinggang, punggung dan peha sebelum memakai bengkung untuk memecah dan membakar lemak, selulit dan lendir yang bertakung di bawah lapisan kulit.
- Bertindak menegangkan dan melembutkan kulit.
- Memperbaiki sistem peredaran mikro kulit.
Digunakan secara tradisional untuk mencegah kemasukan angin, melegakan kembung perut serta memberi rasa hangat pada perut bayi.
Cara Guna Minyak Telon
- Sapukan 5-10 titik pada dada, perut, pinggang dan telapak kaki.
- Boleh dipakai bila-bila masa terutama selepas mandi dan bila udara sejuk/dingin.
- Sapu diwaktu malam sebelum tidur untuk mengurangkan gejala bayi kencing malam.
- Jika bayi kembung atau senak, sapu di bawah lutut hingga kaki.

No comments:
Post a Comment